Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam dibuka secara rasminya pada tanggal 15 Januari 1951. Ketika itu tenaga pengajar hanyalah seorang guru dan 56 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Banggunan ini didirikan di atas tanah kerajaan dengan keluasan 1 ekar 3 lot dan 14 pol di lot EMR 294 di Mukim Teluk Bharu.
Sekolah ini mempunyai keluasan tanah berukuran 40 kaki panjang dan 22 kaki lebar. Ianya dibina daripada kayu tempatan / hutan setelah banggunan pertama roboh. Banggunan sekolah ini didirikan semula dengan peruntukan RIDA pada 26 September 1955 secara gotong-royong.
Pada 1961 satu banggunan tambahan didirikan untuk Tahun 5 dan Tahun 6. Akhirnya bangunan RIDA yang didirikan pada 26 September 1955 secara gotong-royong juga roboh pada tahun 1968 akibat banjir. Oleh sebab itu 2 buah rumah guru dijadikan tempat belajar. Bekalan air paip hanya mula diperolehi pada tahun 1984. Bekalan elektrik pula mula diperolehi pada 03.12.1994.
Dengan perubahan arus pendidikan kerajaan telah meluluskan banggunan baru 2 tingkat bernilai RM646,000.00 dibawah kontraktor Syarikat Zaliza. Bangunan 2 tingkat ini siap digunakan pada 25.10.1995.
Senarai Guru Besar
1. En. Md Ali (15.01.1951 – 12.01.1956)
2. En. Md Salleh bin Hj Idris (16.01.1956 – 04.05.1957)
3. En. Md Khadzri bin Hj Harun (04.05.1957 – 01.02.1963)
4. En. Shuib bin Mahidin (01.02.1963 – 01.01.1966)
5. En. Kamaruzan bin Hj Nuruddin (09.01.1966 – 07.01.1968)
6. Abdul Azizi bin Baki (08.01.1968 – 15.05.1989)
7. En. Mohd Tahrim bin Abu Othman (16.05.1989 – 31.01.1994)
8. En. Misran bin Taib (01.02.1994- 01.02.1996)
9. En. Khamis bin Rasat (02.02.1996 – 28.12.1997)
10. Tn. Hj. Kamaruddin bin Dahalan (16.12.1997 – 13.08.2000)
11. En. Amir bin Mambar (14.08.2000 – sekarang)