Saturday, 30 July 2011

Puasa

Definisi
Bahasa: Menahan diri
Syarak: Menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka masa tertentu.

Dalil
Al-Quran: " Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa." ( Surah al-Baqarah 2:185)



SYARAT WAJIB PUASA
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Akhir Baligh (Cukup umur)
  4. Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
  1. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  2. Suci daripada haid dan nifas
  3. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA

  1. Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  2. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  4. Keluar darah haid atau nifas
  5. Gila
  6. Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

  1. Orang yang sakit
  2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  3. Orang tua yang sudah lemah
  4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


LAFAZ NIAT PUASA



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ادَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لله تَعَالَي



Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ كُلِّهِ لله تَعَالَى


Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala

DOA BERBUKA PUASA


اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ أَمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

No comments:

Post a Comment