Saturday 13 October 2012

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Isnin (15/10/12)

Pendidikan Islam (8.35-9.35)
Pelajaran Jawi (9.45-10.45)
Baasa Arab(11.10-12.10) -Murid j-QAF Tahun 1,2,3 dan 4 sahaja

Selasa (16/10/12)

B.Melayu Pemahaman (8.00-8.50)
B.Melayu Penulisan (9.15-10.30)
Matematik kertas 2 (1140-1220)

Rabu (17/10/12)

Matematik Kertas 1(8.10-9.10)
Sivik (9.30-10.30)- Tahap 2 sahaja
Seni (11.10-12.10)

Khamis (18/10/12)

Sains/DST (8.10-9.25)
B.Inggeris 1 (1010-1100)
B.Inggeris 2 (1130-1245)

Jumaat (19/10/12)

(Tahap 2 Sahaja)
Kajian Tempatan (8.00-9.00)
Kemahiran Hidup (915-1015)

Sunday 19 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H

Pada 17/2/2012 bertempat di SK Sungai Dulang Dalam telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H. Majlis dimulakan dengan perarakan sambil melafazkan solawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sekitar kampung Sungai Dulang. Diikuti ceramah dan kuiz Maulid. Pogram berakhir jam 11.30 tengah hari.


Saturday 28 January 2012

Adab: Bersama Guru

Inilah landasan bolehnya mencium tangan. Anas bin Malik ra: "Ku lihat mereka berebutan menciumi telapak tangan nabi Muhammad SAW dan menaruhkan telapak tangan Beliau di wajah mereka, lalu kuikuti perbuatan mereka maka ketika kutaruh tangan Beliau di wajahku maka kurasakan tangan itu lebih sejuk dari es, dan tidak ada sutra yang lebih lembut dari telapak tangan Beliau dan tidak ada wewangian yang lebih wangi dari harumnya keringat Beliau”. Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW datanglah para tamu kepada Anas bin Malik ra, seraya bertanya : “adakah tanganmu ini menyentuh kulit Rasulullah saw?”, maka Anas bin malik berkata : “iya”, maka mereka mengambil tangan Anas dan menciuminya, demi mengambil berkah dari tangan yang bersentuhan dengan nabi Muhammad SAW. (Adabul Mufrad oleh Imam Bukhari). Ini dasar boleh mencium tangan orang yang kita muliakan, seperti guru, orang tua, mertua atau yg dituakan, kakak & suami ( Imam Nawawi). Adabnya sederhana tetapi menumbuhkan shilaturrahm yg mendalam, saling cinta & saling hormat, SubhanALLAH.

Thursday 19 January 2012

Kejohanan Badminton Kelompok 6

Pada 19/1/2012 telah diadakan pertandingan badminton peringkat kelompok 6 di dewan serbaguna SJKT Barathi. SK SG Dulang Dalam telah menghantar 2 orang wakil iaitu adik Muhammad Syazwi Hamizam dan adik Amir Hamzah. Pada pertandingan tersebut adik Amir Hamzah telah berjaya mendapat tempat ke 3.

Saturday 19 November 2011

 Sekitar Majlis  Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2012 RM 100 yang diadakan pada 17 November kepada 61 orang murid yang diwakili oleh ibu bapa masing-masing. Majlis penyerahan itu disempunakan oleh Tuan Haji Ahmad bin haji Abdullah, Pengerusi Sekretariat Pelajaran , Parlimen Bagan Datoh

17 November 2011 telah diumumkan keputusan UPSR di seluruh negara. Alhamdulillah, adik Ernie Syahira binti Khairul Kahar telah mendapat pencapaian yang cemerlang , 5A sebagai hadiah kepada kedua orang  tuanya juga sekolah  SKSDD. Selain itu terdapat dua orang pelajar mendapat 4A1B (Iqbal dan Nazatul Izma), 3A2B( Nursyafawati bt Asmawi ) dan 2A3B(Nor Atiqah Hassan) serta yang lain-lain 4 orang lagi masing-masing mendapat 1A . Penguasaan keseluruhan ialah 90%(pencapaian tertinggi setakat ini ). SKSDD mendapat rangking ke 10 Hilir Perak dan yang ke 53 negeri Perak.

Tuesday 15 November 2011

Kaji semula guru bekerja 9 jam - NGO


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar projek rintis sistem waktu kerja sembilan jam bagi guru di empat negeri mulai Januari ini dikaji semula.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, kajian itu perlu mengambil kira beban yang ditampung dan elaun tambahan kepada guru sekiranya mahu melaksanakan projek rintis itu.