Saturday 19 November 2011

 Sekitar Majlis  Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2012 RM 100 yang diadakan pada 17 November kepada 61 orang murid yang diwakili oleh ibu bapa masing-masing. Majlis penyerahan itu disempunakan oleh Tuan Haji Ahmad bin haji Abdullah, Pengerusi Sekretariat Pelajaran , Parlimen Bagan Datoh

17 November 2011 telah diumumkan keputusan UPSR di seluruh negara. Alhamdulillah, adik Ernie Syahira binti Khairul Kahar telah mendapat pencapaian yang cemerlang , 5A sebagai hadiah kepada kedua orang  tuanya juga sekolah  SKSDD. Selain itu terdapat dua orang pelajar mendapat 4A1B (Iqbal dan Nazatul Izma), 3A2B( Nursyafawati bt Asmawi ) dan 2A3B(Nor Atiqah Hassan) serta yang lain-lain 4 orang lagi masing-masing mendapat 1A . Penguasaan keseluruhan ialah 90%(pencapaian tertinggi setakat ini ). SKSDD mendapat rangking ke 10 Hilir Perak dan yang ke 53 negeri Perak.

Tuesday 15 November 2011

Kaji semula guru bekerja 9 jam - NGO


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar projek rintis sistem waktu kerja sembilan jam bagi guru di empat negeri mulai Januari ini dikaji semula.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, kajian itu perlu mengambil kira beban yang ditampung dan elaun tambahan kepada guru sekiranya mahu melaksanakan projek rintis itu.

Monday 7 November 2011


Selamat Hari Raya Eidul Adha 1432H bersamaan 2011M.. Marilah kita bersama meneladahi perjuangan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.. Kulluam waantum bikhair..

Thursday 13 October 2011

Tip cemerlang peperiksaan


Bismillahirrahmanirrahim…
Sepertimana kita maklumi, minggu hadapan akan di adakan Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Saya percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :


Tuesday 11 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 akan dijalankan pada 17.10.2011 (Isnin) sehingga 21.10.2011(Jumaat). Sehubungan itu, pelajar-pelajar diminta melihat jadual peperiksaan yang telah diberikan dan membuat persiapan yang rapi sebelum peperiksaan. Guru-guru diminta memasukkan markah ke dalam sistem SAPS sebelum 31hb Oktober bagi mengelakkan berlaku kesesakan talian. Tarikh akhir memasukkan data adalah pada 02hb November 2011. Sebarang masalah sila berhubung dengan SU Peperiksaan Dalaman.

-SU Peperiksaan Dalaman.

BAJET 2012: SSM (SISTEM SARAAN MALAYSIA) DIMANSUH, SBPA (SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM) SEBAGAI GANTI


Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awamberteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM.
Skim baru menggantikan SSM yang diperkenalkan pada 2002 dan kembali kepada gaji satu lapis diamalkan sebelum 1992. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.
Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.
Ketika membentangkan Belanjawan 2012, Perdana Menteri berkata di bawah SBPApenjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus. Dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

Sunday 14 August 2011

Nuzul Al-Quran

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Saturday 30 July 2011

Puasa

Definisi
Bahasa: Menahan diri
Syarak: Menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangka masa tertentu.

Dalil
Al-Quran: " Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa." ( Surah al-Baqarah 2:185)