Saturday, 19 November 2011
17 November 2011 telah diumumkan keputusan UPSR di seluruh negara. Alhamdulillah, adik Ernie Syahira binti Khairul Kahar telah mendapat pencapaian yang cemerlang , 5A sebagai hadiah kepada kedua orang tuanya juga sekolah SKSDD. Selain itu terdapat dua orang pelajar mendapat 4A1B (Iqbal dan Nazatul Izma), 3A2B( Nursyafawati bt Asmawi ) dan 2A3B(Nor Atiqah Hassan) serta yang lain-lain 4 orang lagi masing-masing mendapat 1A . Penguasaan keseluruhan ialah 90%(pencapaian tertinggi setakat ini ). SKSDD mendapat rangking ke 10 Hilir Perak dan yang ke 53 negeri Perak.
Tuesday, 15 November 2011
Kaji semula guru bekerja 9 jam - NGO
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar projek rintis sistem waktu kerja sembilan jam bagi guru di empat negeri mulai Januari ini dikaji semula.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, kajian itu perlu mengambil kira beban yang ditampung dan elaun tambahan kepada guru sekiranya mahu melaksanakan projek rintis itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)